Friday 9 December 2016

MAKSUD KITAR SEMULA
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kacakertaslogamplastiktekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).


LOGO KITAR SEMULA



BARANG YANG BOLEH DIKITAR SEMULA

4 bahan asas iaitu plastik, kertas, aluminium dan kaca. Selain itu kayu (bergantung jenisnya) pun boleh dijadikan bahan untuk kitar semula.

Plastik:

  • Beg-beg membeli belah plastik,
  • Beg plastik dari supermarkat,
  • Botol minuman plastik,
  • Botol air mineral
  • bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula.
Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA.

Kertas:

Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, Contohnya:
  • suratkhabar lama,
  • majalah lama,
  • buku,
  • katalog,
  • risalah,
  • kalendar,
  • kad,
  • sampul surat
  • Kotak
Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.

Aluminium:

Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium. Ia juga mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA
Contoh : tin minuman.
Kaca:
Semua jenis kaca termasuklah
  • botol minuman,
  • bekas makanan,
  • botol vitamin dan bekas kosmetik
  • Gelas minum
  • Kaca tingkap
  • Cermin Mentol
  • Kaca tingkap yang pecah dan cermin kereta
  • Kaca tahan suhu tinggi – Pyrex, Corning Ware, Vision Ware
  • Botol legap putih
  • Kaca yang digunakan di makmal atau hospital untuk kajian dan perubatan
Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLAT.  Bersambung… untuk kayu.
Idea Kreatif Barang Terbuang
Kreativiti kitar semula kali ini memperlihatkan idea kreatif penggunaan barang terbuang yang di kitar semula menjadi satu barangan lain yang berbeza rupa dan fungsi. Ianya dapat membantu pengurangan bahan buangan dan mengurangan pembaziran penggunaan sumber semulajadi. 

Idea kreatif yang boleh anda cuba sebagai sumbangan anda dalam memelihara alam sekitar. Idea kreatif yang dapat membuka minda atau pun memberi ilham dalam menggunakan barang terbuang kepada sesuatu yang lebih berguna.

Idea Kreatif Barang Terbuang - Kitar Semula 
Lampu ekslusif ini bernilai tinggi walaupun ianya di buat dari bahan terbuang. Ianya memberi contoh terbaik bahawa idea kreatif kitar semula sesuatu barang terbuang mampu menambah nilai dan berharga.

Idea Kreatif Barang Terbuang - Kitar SemulaIdea Kreatif Barang Terbuang - Kitar Semula 
Gelung-gelung tisu atau apa sahaja gelung kertas yang sudah kehabisan isinya, sudah pasti akan dibuang begitu sahaja, tetapi jika diguna semula dengan kreatif, ianya mampu menjadi barangan berlainan fungsi yang berguna dan menawan.

Idea Kreatif Barang Terbuang - Kitar Semula 
Idea Kreatif Barang Terbuang - Kitar SemulaIdea Kreatif Barang Terbuang - Kitar Semula 
Melalui idea kreatif ini, barang terbuang seperti botol-botol plastik boleh di guna semula untuk dijadikan sebagai pasu untuk tanaman herba anda atau boleh juga di jadikan bekas serbaguna. Bentuk botol-botol ini yang mempunyai pemegang menjadikan ianya mudah untuk digantung. Idea kitar semula yang sungguh menarik dan mudah untuk anda lakukan.

Idea Kreatif Barang Terbuang - Kitar Semula 
Ini adalah beberapa contoh kegunaan pallet terbuang yang di jadikan perabot untuk kegunaan didalam mahupun luar rumah. Idea kreatif yang bukan sahaja menarik untuk dipandang, malah selesa untuk di gunakan. Yang lebih penting...kosnya murah dan menjimatkan.

Idea Kreatif Barang Terbuang - Kitar Semula 
Tin-tin kosong ini pula dijadikan bekas serbaguna yang sungguh menarik dan pelbagai kegunaan. Cara-cara membuatnya juga mudah. Idea kreatif barang terbuang yang boleh dijadikan salah satu aktiviti anak-anak anda di waktu terluang semasa cuti sekolah ini.

Idea Kreatif Barang Terbuang - Kitar Semula 
Idea Kreatif Barang Terbuang - Kitar Semula 
Ini pula idea kreatif barang terbuang dengan kaedah kitar semula kotak-kotak untuk di jadikan tempat simpanan yang berguna dan menarik. Tiada pembaziran dan bermanfaat pula untuk anda.

sekian saja perkongsian saya tentang kitar semula.Harapan agar segala yang dikongsi bermanfaat untuk semua.

No comments:

Post a Comment